Selamat Hari Raya
September 27, 2009
Salam aidilfitri kepada keluarga tercinta di malaysia dan kawan² di mana² mereka berada.Alhamdulillah sekali lagi kita dapat melaksanakan ibadah puasa di bulan ramadhan dan menyambut kedatangan aidilfitri. doa²kan tahun depan kita dapat bertemu ramadhan sekali lagi.
Tahun ini merupakan kali ke-6 saya beraya di sini, setelah di Colmar, Le Havre, dan sekarang di Besançon. Tahun depan tak tahu raya di mana. Setiap tahun merupakan pengalaman yang berbeza, dan alhamdulillah tahun ni juga dapat disambut dengan meriahnya bersama kawan². Namun, tetap rindu pada family di malaysia. Seperti biasa, setiap tahun, mesti sms² dan skype² di hari raya =)

Brunei Trip
August 25, 2009






Do not step on the grass
August 23, 2009

Gambar saya pergi jalan² brunei pada bulan lepas.nanti kalau ada masa, akan diupload lagi disini. satu pengalaman yang sgt² best
dan banyak saya belajar dan berkongsi pengalaman. terima kasih semua yg menolong
Alhamdulillah
August 22, 2009
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah ini. Jom kita sama² lumba² utk memperbanyakkan amalan² kita di bulan ini. sekali setahun je peluang tu,huhu…. kalau kat france tu, musim ’soldes’ aka sale, orang² akan berlumba² untuk cepat² rebut peluang beli barang²an yang murah. So, anggaplah bulan ni bulan ’soldes’ yang Allah berikan untuk kita untuk mendapat pahala² yang berlipat ganda…
Munajat
July 5, 2009
http://www.imeem.com/qurcya/music/G²5k4Y88M/irsyadee-ft-nordinex-raihan-munajat/
Assalamualaikum,
Nak kongsi satu nasyid. sangat best dan menginsafkan, rugi kalau tak dengar, hehe….
ni liriks dia :
di malam syahdu yang sepi ini..
ku curahkan segala isi hati…
mengapakah kini baru sedari banyak perintahmu telah ku ingkari…
dulu hidupku sering terleka…
diulit mimpi dunia yang fana…
tapi tak pernah ku mencuba untuk lari dari tipu dan daya..
jiwa ku yang dulu sepi..
kini keinsafan telah ku miliki…
berlinangan air mata ini berderai jatuh membasahi bumi…
dulu hidupku sering terleka…
diulit mimpi dunia yang fana…
tapi tak pernah ku mencuba untuk lari dari tipu dan dayanya..
jiwa ku yang dulu sepi..
kini keinsafan telah ku miliki…
berlinangan air mata ini berderai jatuh membasahi bumi…
terimalah munajat ku ya allah…
aku mengharapkan kasih dan sayangmu…
hamba ini bergelumang dengan dosa..
moga diberikan maghfirahmu…
terimalah munajat ku ya allah…
aku mengharapkan kasih dan sayangmu…
hamba ini bergelumang dengan dosa..
moga diberikan maghfirahmu…(2x)
Tours
June 27, 2009
Gambar di tours, fevrier 09
zul, syazzwan, me , rafizzi, lil bro

7 Golongan yang dilindungi Allah SWT di akhirat =)
June 7, 2009
Rasulullah saw bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)
Jom kita selalu solat berjemaah kat masjid =)
InsyaAllah semoga kita berusaha untuk tergolong dalam golongan ni.

masjid taman universiti

Masjid UTM skudai
Semangat!!! ^^
May 21, 2009
“Dan janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tidak orang berputus asa itu melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf : 87)
Apakah erti kebaikan? kebahagian?
May 17, 2009
Assalamualaikum,
hari ini saya nak berkongsi hadith, insyaAllah bermanfaat bagi semua:
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”
So, disini kita lihat perkataan kebaikan. Apakah sebenarnya kebaikan, atau kebahagian bagi kita? adakah ia pangkat yang tinggi? rumah yang besar? jam yang mahal? baju² yang berjenama? harta yang banyak? tidak. Tetapi, dalam hadith ni Allah SWT sebut bahawa barangsiapa Allah nak baginya kebahagiaan/kebaikan, Allah bagi dia Kefahaman dalam Ad-Din, kefahaman tentang islam. itulah sebenarnya kebaikan bagi seseorang. Oleh itu, ayuh, kita cepat² nak tingkatkan ilmu dan fikrah kita tentang agama yang benar ini.Islam is a way of life.Allah dah tentukan segala guideline untuk kita dalam Al-Quran.

Neraca Manusia vs Neraca Allah SWT
April 27, 2009
Assalamualaikum,
Di petang yang tenang ini,di musim spring yang dipenuhi dengan bunga² dan kehijauan sebagai tanda kekuasaan Allah swt, teringin ambo menulis di sini dan berkongsi sedikit buat muhasabah diri.
Mari kita sama² fikir kan neraca manusia dan neraca Allah.
Sebenarnya apakah yang kita kejar di dunia ini? apa kah definisi ‘kejayaan’ bagi kita? kalau ikut neraca manusia, biasanya orang² yang berjaya ni akan dinilai sama ada seseorang itu ada kereta mewah, rumah besar, pangkat tinggi, gaji banyak ,kasut mahal, etc… tetapi,kalau kita fikirkan, kalau kita nak capai kejayaan mengikut neraca manusia, sampai bila² kita tak akan capainya dan tak akan rasa puas hati dengan kemewahan yang ada.
Sebaliknya, kalau kita hidup ikut pandangan Allah SWT, insyaAllah kita akan sentiasa rasa bersyukur dengan nikmat² yang diberinya.Kita telah diberikan nikmat iman dan islam, Al-Quran dan Sunnah sebagai guide untuk kita. Apa kah lagi yang kita mahu, tak cukup kah bukti² Allah di depan mata kita ini? adakah kita masih mahu buat ‘dunno’ dan tak mahu bertindak membela ummat islam dan mengembalikan islam menjadi Ustaziyatul Alam.
InsyaAllah kita semua mahu hidup bahagia di akhirat kelak,kerana itu sebenar-benarnya kejayaan. InsyaAllah kita nak kerja dan beramal di dunia, dan berehat di akhirat.
Harap² post kali ini untuk renungan buat diri ini yang lemah dan selalu buat kesilapan. Ingatlah , bukannya kereta Peugeot yang membawa kita ke syurga, tetapi kereta Peugeot yang digunakan untuk bawak kita ke masjid², program² yang akan membawa ke syurga.
“Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah (Al Baqarah 138)”









